BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 29, 2008

peringatan untuk diriku dan semua gadis muslimah..

Gadisku..... Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga ,
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga
senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran
duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang
kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas
duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Gadisku.... Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu
dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu
lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu
yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang
didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....
sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah ,
wanita solehah yang taat dan patuh pada
Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adlah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun ............. ianya memerlukan pergobanan
dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu
lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah
pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah gadisku....sesiapa yang inginkan
kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya
jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku
engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

Gadisku .... Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu
kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi
perisai yang dapat membentingimu...Sesungguhnya nabi
ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu
fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selpas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah
yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan
biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.....Sesungguhnya Allah telah
mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan
sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi
dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani
namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang
salah , kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana
cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan
moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam
membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan
cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ...
Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,
yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah .. Semoga disana
mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada
penciptamu............

Gadisku...... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta
terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi
kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan
kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai
tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia
akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu
dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu
membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu
itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang
yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah kata-kata
seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan
bersama: "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian
yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,
menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang
dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali
cinta kepada pencipta manusia sendiri"
Sekian..... Wassalam. Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan
KEEGOAN.

Wednesday, May 28, 2008

jadikan aku wanita solehah

dipetik dari vf...
"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh... ..“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya yang zikirnya menjadi penawar dirinya tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati... . Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan... hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ... "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21) Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri... ” (Ali Imran : 159-160) Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku... pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, " Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan. “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34) Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. "Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. .::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

salam

sengaja aku memilih tajuk blog ku ini...
dengan harapan ada yang sedang dirundung kedukaan
bisa membaca coretan hidupku ini...
ternyata...
kehidupan ini memang tidak sentiasa indah...
tapi kita mesti yakin...
setiap yang terjadi ada hikmahnya..
insya Allah syurganya untuk orang yang sabar....
aku terbuka menerima komen dan kritikan
selagi ia membawa kepada kemantapan usahaku untuk meneruskan usaha dakwah ku ini.
aku kini mencecah 20
mungkin ada orang akan mengatakan
aku terlalu muda untuk memikirkan soal perkahwinan
tapi nyatanya...
bagi seorang wanita muslimah...
adalah satu keberkatan jika kita berkahwin di usia muda..
dapat melindungi kita dari maksiat dan fitnah
aku tidak mampu menjadi semulia Rabiah Adawiyah...
menolak cinta kerana cintanya pada Allah,
sedang aku...
mendamba cinta dari lelaki yang mencintai Allah
mungkin sebagai satu cara untuk aku juga mencintai Allah...
jujurnya kau masih mencari
aku mencari seorang lelaki yang bukan sekadar seorang lelaki
tetapi juga seorang murshid untuk membimbingku...
kerana aku masih seorang wanita
yang terlalu lemah fikirannya....
seperti persoalan Rabiah Adawiyah kepad aHasan al-basri...
wanita ini akalnya 1, nafsunya 9,
jadi aku memerlukan seorang lelaki...
yang akalnya 9...
bagi membantu aku...
mengikat nafsuku ini.....
ya Allah....
Temukan lah aku dengan jodoh yang baik...
dan jika belum masanya
peliharalah maruahku Ya Allah
hidup dan Matiku hanya untukmu Ya Allah...

Monday, May 26, 2008

cahayaku

marah?
memang la
tapi pahala itu buat orang yang sabar kan

Thursday, May 22, 2008

di ikmas

dah kat ikmas
yang internet pun susah...
tapi so far everythings turn out good...
aku hepi jugak la
coz prep maybe takde...(macam budak skool kan)
n aku pun dah dapat face reality...
yang aku nak just study (hahah)
waiting for my cahaya....
tah......
aku x dapat nak buke friendster for now...
pape pun just melalui email laaa
alah nothing important i bet
esok nak khitobah...
ape lagi nak citer eh?
ye r lame dah tak menulis kan.....
aku dapat membetulkan hatiku mungkin....
moge redha allah untuk aku dan untuk dia...
terus terang aku katakan...
bila hati aku terbuka...
aku telah bersedia....
benar atau tidak itu adalah masalah hati...
cume moga Redha Allah untuk semua...
moga Allah jauhkan maksiat hati dariku.....
moge aku berjaya dalam mencari ketenangan....
dengan redha pada semua nya....
Insya Allah.....

di ikmas

dah kat ikmas
yang internet pun susah...
tapi so far everythings turn out good...
aku hepi jugak la
coz prep maybe takde...(macam budak skool kan)
n aku pun dah dapat face reality...
yang aku nak just study (hahah)
waiting for my cahaya....
tah......
aku x dapat nak buke friendster for now...
pape pun just melalui email laaa
alah nothing important i bet
esok nak khitobah...
ape lagi nak citer eh?
ye r lame dah tak menulis kan.....
aku dapat membetulkan hatiku mungkin....
moge redha allah untuk aku dan untuk dia...
terus terang aku katakan...
bila hati aku terbuka...
aku telah bersedia....
benar atau tidak itu adalah masalah hati...
cume moga Redha Allah untuk semua...
moga Allah jauhkan maksiat hati dariku.....
moge aku berjaya dalam mencari ketenangan....
dengan redha pada semua nya....
Insya Allah.....

Monday, May 12, 2008



as aku promise....gambar ahmad rayyan...


Sunday, May 11, 2008

alhamdulillah

DUL RAZAKng twos pegi hospital.hari ni aku hepi amat....sebab anak saudara aku akhirnya disahkan dapat survive...
aku nak flash back balik laaaa.......

8 MEI 2008
hari nie last keje......ikut hati memang malas nak pegi......
the reason?
1) k.yung masuk wad semalam...
2)memang malas....
so mase pukul 2 pagi tadi, k.yung dah call mak n ayah bagitau dah masuk bilik bersalin...
so mak n ayah pun pegi that morning gak...
n pagi tu b4 aku pegi keje, aku dah call ma parents tapi takde berite lagi (around 7.30)
and then pukul 9, ma dad call bagitau baby ade probs, now kat icu...
masa lahir die dah tak breathing...
aku dah sedih dengar...
aku call my sis yang kat petronas coz nak ajak pegi hospital tapi x dapat...
die ade meeting
then tengahari baru dapat call die...
then kitowang pegi hospital...
duduk la kat spital sampai midnite...

9 APRIL 2008
Baby is still kat icu...sedih sungguh....condition die tak dibagitau...
takde brif ape2 pun...(2 yang buat aku bengang..ye r kite ade rights untuk tahu condition patient kan??)
asyik buat blood test, result tak tau gak (hangin-hangin)
dah r kitowang takleh tengok lansung baby..(even belakang cermin.)
sedih betul...so keep company my sis sampai malam...
nak book bilik kat situ semua full...
so terpaksa r balik ke dungun...

10 APRIL 2008

Hari ni pagi k.yung dah dapat discharge...
tapi baby blom...
so kitowang decide untuk tunggu result blood test (lagi?) and x-ray
petang pukul 8 baru dapat balik
tapi glad baby dah dapat bawak balik....
hepi sangat...
name die...




AHMAD RAYYAN BIN ABDUL RAZAK

maksudnya syurga yang terpuji...

laen kali bile ade mase aku upload gambar die.....
hepi sangat2...

Sunday, May 4, 2008

kisah tak sempurna

so for today aku dah ade good mood nak share about myself...
my name...
mastura binti mohd ali
kawan2 mase kat 18 dulu panggil mas @ cicax...(lebih kepada penghinaan)
masa kat samttaj junior panggil aku kak as..
kat rumah formally known as dek as...
n for my sweet, beautiful and cute little nieces panggil aku che' de...(coz aku orang terengganu)
my life...
aku bukan nye kind of girly...
tah laaa
susah nak describe coz aku pun susah nak paham diri aku sendiri...
tapi 4 sure aku suka oren.....
red.....
pink....
tapi paling benci purplr and blue...
kind of moody...
tapi kadang2 boleh jadi kind hearted (yang melampau) sampai orang amek kesempatan...
unpredictable...
maybe that is the best word to describe me...
sometimes aku ni macam selekeh sket..means tak berapa pentingkan penampilan laa..
maybe coz my family sume jenis simple...
kalau nak kuat...
aku suke pakai t-shirt lee cooper(which somebody..hihi buy for me) warne grey...
suke shape die...
nice...
nampak trendy...
then jeans.. (x demand sangat..)
tudung (this 4 sure)
n kasut asadi active yang aku beli dengan harga 22.50(murah je)
tu la aku...
pastu yang wajib bag b.u.m
aku ni bukan memilih sangat...
barang murah ke...
mahal ke...
janji suite ngan taste aku,aku beli....
tapi kalau b.u.m mesti aku beli...
purse aku plak...lizard....smart gile...
haha.....
aku paling suka makan.....
suka sangat makan....
benda paling aku sayang....
my nec lattop....
yang aku beli mase sem 1...
even skarang slalu kene kutuk...
sebab bawak lattop yang berat and besar...(x de r besar ane pun)
n sbb lattop aku takde web cam...
aku peduli ape..tu je la kot pasal aku...
karang kalau aku rajin aku cerite lagi...
about my complicated love story...
haha....
need to sleep....
ngantuk...
zzzzzzzzzzz